Ogos 2008


Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia
orang kaya yang mungkin anda sudah tahu
tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30
tahun akan datang, masanya untuk kita
mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apa rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana
mereka mengandakan wang mereka tanpa
perlu berpeluh…

Melalui SIMPANAN!

Simpanan bermaksud anda menyimpan wang
diinstitusi kewangan yang memberikan
pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya
nampak biasa tetapi berapa ramai antara
kita yang menyimpan wang secara tetap
setiap bulan?? ;(

Tahukah anda masa adalah musuh utama
kerana ianya bakal menentukan samada
anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,
dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika
anda bersara kelak. Jika anda bermula
menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22
sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar
keuntungan 12 peratus,anda telah mempunyai
RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur
55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan
untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai
65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali
banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini
tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan
kadar keuntungan 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang,
inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit
wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak
langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana
dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya
mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.
Tahukah anda dana-dana islamik cimb memberikan pulangan yang menarik sehingga 50% sethun!

tak percaya? Hubungi perunding cimb anda hari ini juga dan mula menyimpan sekarang juga!

Mengapa kita memerlukan pelan kewangan? Jika mahu kejayaan dalam apa jua usaha – tidak kira sama ada hendak berperang atau hendak menganjurkan majlis menyambut tahun baru, semuanya memerlukan perancangan rapi. Begitu juga jika mahu melaburkan wang.

Mereka yang matang, bijak dan pandai selalu berkata, kita tidak merancang untuk gagal, tetapi ramai yang gagal untuk merancang.

Perancangan kewangan bukan sahaja memberi gambaran tentang kedudukan kewangan kita yang terkini tetapi juga memberi hala tuju masa hadapan kita dengan menetapkan matlamat kewangan, dan dengan demikian membolehkan kita mencapai matlamat yang diharapkan secara lebih efektif.

Teruskan melayari bahagian ini kerana ia akan membantu anda membentuk pelan kewangan sendiri.

Nilai Kedudukan Kewangan Anda
Sebelum meneruskan sebarang pelan pelaburan, anda perlu menilai kedudukan kewangan sendiri, misalnya menilai perbelanjaan yang perlu dan simpanan yang ada, supaya anda boleh membuat keputusan berapa banyak yang boleh ditabung dan dilaburkan. Mungkin buat masa ini anda berbelanja sesuka hati dan pada bila-bila masa sahaja tanpa memikirkan berapa baki wang yang tinggal pada setiap hujung bulan.

Untuk menentukan kedudukan kewangan anda, teruslah membaca laman berikutnya:

Pertama, pastikan nilai bersih wang anda
Nilai bersih simpanan boleh disamakan dengan lembaran imbangan sesebuah syarikat. Ia menggambarkan kedudukan kewangan anda. Untuk mengira nilai bersih simpanan, anda perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan anda. Kemudian tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan.

Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.

Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman anda (untuk membeli kereta, rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan sebarang hutang lain jika ada.

Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh dilaburkan.

Bagaimana untuk meningkatkan nilai bersih wang? Satu caranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebarang lebihan wang tunai daripada perbelanjaan boleh dimasukkan dalam senarai aset bagi meningkatkan nilai bersih.

Tetapi, perbelanjaan yang mana pula perlu dipotong? Untuk menentukannya:

Buat penyata aliran tunai
Anda perlu mengesan ke mana wang dibelanjakan; buat analisis aliran tunai mengenai corak pendapatan dan perbelanjaan. Pertama sekali, susun semua penyata gaji, resit, bil, penyata cukai dan data kewangan yang lain dalam satu rekod untuk menunjukkan berapa banyak pendapatan yang telah diperoleh dan berapa banyak pula telah dibelanjakan setiap bulan untuk sepanjang tahun. Senaraikan dan teliti setiap perbelanjaan untuk memastikan yang mana boleh dikurangkan supaya akhirnya nanti anda mempunyai aliran tunai yang positif – iaitu lebih banyak wang masuk berbanding wang keluar.

Ketika berlatih membuat aliran tunai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dan ada soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri, antaranya:

Pendapatan anda: Berapa gaji anda? Adakah anda mempunyai sumber pendapatan lain – kerja sambilan, dividen, rumah yang disewakan, bonus. Jika membuat analisis untuk seisi keluarga, pendapatan suami atau isteri patut dimasukkan sama.
Aliran wang keluar: Ini termasuk perbelanjaan rumah dan sara hidup seperti makanan, pakaian dan barangan keperluan harian; penjagaan kereta dan petrol; bayaran balik pinjaman kereta, kad kredit atau sewa rumah; premium insurans; perbelanjaan untuk pendidikan dan perubatan; perbelanjaan bercuti dan hiburan; bayaran cukai pendapatan, zakat dan lain-lain. Senarai ini panjang sekali.

Di sinilah anda perlu memutuskan yang mana perbelanjaan perlu dan yang mana pula sekadar membazir sahaja – potong mana-mana perbelanjaan yang dianggap membazir supaya lebih banyak wang dapat ditabung.

Susun belanjawan untuk memastikan perbelanjaan terkawal. Belanjawan itu akan menjadi penentu apa yang anda mampu belanjakan. Misalnya, anda tidak mampu makan malam di restoran yang mahal setiap minggu jika belanjawan anda menunjukkan yang anda hanya mampu makan di kedai kopi. Bagaimanapun, sesekali mungkin anda ingin berbelanja lebih sempena hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan; jadi jangan lupa masukkan perbelanjaan seperti itu dalam belanjawan. Tetapi jangan pula berlebihan.
Jika anda berasa lemas dengan data yang panjang lebar ketika mengatur pelan kewangan, dapatkan bantuan teknologi komputer yang canggih. Dalam dunia hari ini, pakej perisian komputer adalah umpama tulang belakang yang direka cipta untuk membantu anda menyusun dan mengawal belanjawan. Kebanyakan program perisian komputer ini boleh membantu anda menyusun belanjawan dan memeriksa perbelanjaan, malah mengira jumlah yang perlu ditabung untuk pelaburan serta mengawasi pelaburan anda.

Setelah kewangan dapat dikawal, langkah seterusnya ialah:

Tetapkan Matlamat Kewangan Anda
Cara mudah untuk menetapkan matlamat kewangan adalah melalui perancangan awal untuk beberapa jangka masa – dua tahun, lima tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Kemudian, fikir tentang keperluan dan keinginan anda (atau keluarga), dan jadikan ia sebagai matlamat khusus yang ingin dicapai untuk setiap jangka masa yang telah ditentukan.

Matlamat anda boleh meliputi perkara-perkara yang memang diperlukan (umpamanya, memiliki rumah dalam masa lima tahun atau pembiayaan pendidikan anak-anak dalam masa 10 tahun atau simpanan untuk hidup selesa selepas bersara), hinggalah kepada perkara-perkara yang sejak sekian lama sudah diidamkan tetapi belum dapat dicapai (seperti bercuti naik keretapi Orient Express). Bagaimanapun, matlamat anda harus tentu, wajar, berfaedah dan bukan impian Mat Jenin.

Kemudian, kira berapa banyak wang diperlukan untuk memenuhi setiap matlamat tersebut. Jangan pula rasa takut melihat jumlah yang telah dianggarkan. Melainkan mereka yang memang sudah banyak menabung, kebanyakan kita perlu bekerja keras menambah tabungan untuk mencapai matlamat yang diimpikan – dan menambah tabungan boleh juga dibuat melalui pelaburan.

Tujuan laman ini adalah untuk mengajak anda belajar cara bijak untuk melabur supaya mendapat pulangan yang diharap-harapkan bagi mencapai matlamat yang diimpikan.

Satu-satunya sebab anda melabur dalam pasaran saham adalah kerana ingin mendapat pulangan yang lumayan. Walau bagaimanapun, jika anda perhatikan lebih daripada 1,000 kaunter yang terdapat di Bursa Malaysia, tugas memilih kaunter yang sesuai bukanlan mudah. Anda mungkin sudah mendapatkan nasihat mengenai cara-cara melabur dan memilih saham dengan bijak, tetapi perlu diingat bahawa walau apa pun nasihat yang diperolehi, nasihat-nasihat tersebut tidak boleh menjamin pulangan. Apa yang boleh disenaraikan di sini hanyalah beberapa ciri-ciri penting yang perlu diberi perhatian dalam memilih saham syarikat yang berpotensi. Maka, anda perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat kewangan yang relevan sebelum menganalisa asas syarikat-syarikat tersebut.

Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan sesuatu pelaburan ialah keupayaan untuk memahami perniagaan syarikat itu. Oleh itu, sebelum melihat aspek pengiraan dan sebagainya, cuba anda lihat dan perhatikan produk-produk dan perkhidmatan yang anda gunakan setiap hari atau yang anda lihat dalam surat khabar atau mana-mana sumber maklumat yang lain. Syarikat manakah yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang paling anda suka? Apakah produk-produk yang memudahkan kehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambah berbanding produk yang lain? Syarikat-syarikat yang menjadi jawapan kepada persoalan di atas mempunyai peluang cerah untuk berjaya. Jika orang lain masih belum perasan mengenai syarikat tersebut, maka anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mengaut keuntungan apabila membeli sahamnya. Pastinya anda membuat kajian-kajian lain sebelum melabur dalam syarikat tersebut. Mesej utama di sini ialah anda perlu sentiasa mencari syarikat atau industri yang anda biasa dengannya ataupun mudah untuk difahami. Jika sukar bagi anda menerangkan perniagaan syarikat itu, maka elakkanlah melabur dalam syarikat terbabit.

UNTUK laki-laki ada bahagian daripada yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang dekat dan untuk perempuan-perempuan pun ada bahagian daripada apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga dekat dari (peninggalan) yang sedikit ataupun banyak menurut bahagian yang sudah ditetapkan. (al-Nisaa’: 7)

KETIKA zaman jahiliah banyak berlaku penindasan dan penganiayaan. Penganiayaan ini akan berlaku ke atas kanak-kanak, wanita dan orang-orang miskin.

Sekiranya berlaku kematian pada zaman itu, harta-harta pusaka tidak akan diwariskan kepada kaum perempuan, malah anak-anak si mati pun tidak mendapat hak yang sewajarnya seperti hari ini. Mereka bukan sahaja mengasingkan hak kepada kaum wanita sahaja malah kanak-kanak lelaki pun tidak akan diberikan harta sehinggalah mereka telah dewasa.

Pada suatu hari, ada seorang daripada golongan Ansar telah meninggal dunia. Namanya Aus bin Tsabit. Dia meninggalkan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih kecil.

Selepas berita kematiannya dihebahkan, ramailah orang datang menziarahinya. Daripada kalangan mereka itu turut hadir juga adik-beradik kepada Aus bin Tsabit iaitu bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut.

Mereka telah mengambil kesemua harta tersebut sesuka hati. Tidak ada sedikit pun yang ditinggalkan untuk bekalan kanak-kanak terbabit.

Melihat keadaan itu, isteri Aus bin Tsabit pun pergi menemui Rasulullah. Dia pun menceritakan keadaan sebenar kepada Rasulullah SAW, baginda pun menyuruhnya menunggu dahulu kerana pada masa itu, hukum dan cara penyelesaiannya belum diperoleh lagi.

Selepas itu Rasulullah SAW pun menerangkan tentang hak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kepada anak-anak. Setiap orang mempunyai bahagian masing-masing. Bahagian seorang anak lelaki akan menyamai dua bahagian anak perempuan.

Dengan terlaksananya hukum ini, maka tidak akan timbul penindasan dan penganiayaan terhadap sesiap pun. Agama Islam bukan sahaja merangkumi upacara ibadat semata-mata malah terangkum juga dalam tatacara kehidupan sehari-hari.

Soalan

Ustaz, saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus?

-  soalan melalui sistem sms -

Jawapan

Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan

“membuat pinjaman dari bank Islam”.

Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad – BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga ‘mark up’, kerana anda memilih bayaran secara ansuran.

Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.

Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai’ iaitu “sewaan yang ditamatkan dengan jualan”, proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing.

Insuran

Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah.

Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.

Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.

Jika mereka kata ‘tak boleh’, anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.

Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya. Dengan tegas saya katakan :-

“jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu”

Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.

Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang.

Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.

sumber: zaharuddin.net

Laman Berikutnya »